Pages

Wednesday 19 October 2011

Sudu

Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Abu : Pening kepala, sakit dada, batuk-batuk….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Abu : Sudu makan ke doktor?



Doktor : Aaa….

Abu : Baik doktor. Terima kasih



Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa sakit lagi?
Abu : Pening kepala, sakit dada, batuk-batuk hilang dah…. TAPI sakit kat perut pulak doktor….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Abu : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?
Abu : (dengan selamba) …. keras sikit, susah nak telan ….. doktor!

Doktor : ??????? 
Kamal diundang oleh Mizal, kawan sepejabatnya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku.... dan macam-macam lagi.


Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis giler korang ni, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isteri kau dengan panggilan yang mesra."


 Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "Sebenarnya, aku asik terlupa namanya sejak tiga tahun lalu." 

Tuesday 18 October 2011

Samseng dan tatu

Ada seorang samseng yang cukup hebat, di lengannya ada tatu GARUDA, di dadanya ada tatu BUAYA, di lehernya ada tatu ULAR. Musuh satu lori pun dia boleh kasi setle. Tapi samseng ni kecut dengan polis. Pernah dia terkencing dalam seluar bila dihambat polis.

Satu hari samseng hebat ini bergaduh. Dia tak sangka, pihak lawan adalah polis. Habis polis-polis dibedalnya. Tiba-tiba dia ternampak lencana polis yang terjatuh semasa bergaduh.

"DEMMMMMMM polis ke?"

"MAMPOSS AKU".

Bila dia cuba angkat kaki, salah seorang angota polis mengeluarkan pistol dan mengarahkan dia menyerah diri.

Dalam bilik siasatan polis.

Polis: " Kamu samseng kampung Dusun yeee ? ".
Samseng: " Bukan Tuan. Tuan sudah salah orang".

Polis: " Ini apa?" Bentak polis sambil menunjuk ke arah tatu di lengannya.
Samseng: " Itu BURUNG PIPIT  tuannnn".

Polis: " Ini apa?" Bentak polis sambil menunjuk ke arah tatu di dadanya.
Samseng: " Itu CICAK tuannnn".


Polis: " Yang ni plak?" polis sambil menunjuk ke arah tatu di lehernya.
Samseng: " Itu CACING tuannnn".

Monday 17 October 2011

Ali dan beruk

Kenapa Ali naik basikal dia akan letakkan beruk dia kat handle basikal dia bukan kat belakang dia?





Jawapan: Kalu kat depan orang akan kata " Owh beruk Ali".
Tapi kalu letak beruk kat belakang orang akan kata " Aik Ali Beruk".

Tatu

Adat anak perantau, belajar ilmu mempertahankan diri. Setelah cukup berguru dia pun merantau untuk mencari rezeki di rantau orang.

Tersebutlah nama Blank beragama Budha. Sebelum merantau dia membuat tatu di lengannya.

Baris atas " Anak perantau "
Baris Bawah " pantang berundur"

" Anak perantau pantang berundur"

 Bila sampai di Sabah dia pun mencari rezeki. Tiba dipasar ikan dia pun berjumpa sekumpulan samseng jalanan. 

Bila samseng-samseng tersebut ternampak Blank, mereka pun cuba mengugut Blank supaya menyerahkan duit. 

Apa lagi marah la Black sampai-sampai dah nak kena 'paw'. Dia pun buka langkah mempertahankan diri. 

Blank tak sangka dia dikeroyok oleh kumpulan samseng tersebut dengan teruk. Terus dia balik ke kampung halamannya untuk belajar ilmu mempertahankan diri supaya lebih hebat.

Setelah tamat perguruan Blank kembali ke Malaysia. 

Tidak lupa blank menambah tatu di lengannya.
Tatu sedia ada:

Baris atas " Anak perantau "
Baris Bawah " pantang berundur"

Blank menambah tatu di bawahnya " kecuali dikeroyok".

" Anak perantau pantang berundur kecuali dikeroyok".

Moral of the Story: Kalu kena keroyok lari la cepat-cepat. Confirm tak terlawan punya...:D


Sepoloh sen sepoloh sen

~ Amaran : Mengandungi unsur-unsur lucah. Mereka yang berumur di bawah 18 tahun sila dapatkan kebenaran ibu bapa penjaga ~


Ini kisah orang timur leste. Kalu korang nak tau cara percakapan nya seperti orang Indo tetapi meleret sedikit slangnya.

Veron adalah pekerja asing dari Timur Leste. Sudah lama bekerja di Tawau. Bila dah lama di perantauan nafsu seksnya memuncak. Jadi Veron tekad nak melanggan pelacur di bandar Tawau.

Veron cuma ada RM 40 baki gaji selepas hantar duit ke keluarganya di Timur Leste. Tambang teksi dari kediaman Veron RM 15 sehala.

Veron menghampiri rumah pelacur tersebut. Tawar menawar.

Veron: " Adik berapa ringgit kalau abang mau sama adikkk".
Pelacur: " Sekali main RM 100".

Veron: " Tapi adik abang ada hanya RM 10. Boleh tak main sama adikkkkk".
Pelacur: " Boleh tapi sekali sorong RM 1".

Veron bersetuju. Sekali sorong RM 1. Dua kali sorong RM 2. Sampai kali ke 9 si Veron masih tak puas. Rugi kalau sorong lagi ni duit sudah abis tapi masih belum puas.

Veron pun main masuk sikit kemudian tarik balik. Masuk sikit tarik balik.

Pelacur : "Apa ni masuk betul-betul la kasi habis sekali".
Veron: " Adik diam la, ini abang main sepoloh sen sepoloh sen".

Mayat tersenyum

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Kejadian misteri kerana ketiga-tiga mayat tersebut mati dalam keadaan tersenyum.


Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.


Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.


Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”..


Senyum, senyum, senyum...adakah anda pun tersenyum juga....ask me not..



Pemburu dengan Harimau

Sedang seorang pemburu berjalan di hutan dia bertembung dengan seekor harimau. 


Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. 


Ketika pemburu itu menjeling ke arah harimau, dia ternampak bahawa harimau itu juga sedang berdoa.

Pemburu: “Ah leganya… harimau baik rupanya. Selamat.”


Harimau: “Ya… harimau yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”



Moral of the story: Orang yang baca doa pun kekadang membahayakan kita. Kalau dah nama musuh, musuh gak.


Koleksi Jersi Gred A, Jeans terbaik klik sini

Saat Indah Perkahwinan

Saat indah awal perkahwinan…..



Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama…
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya !
Dara : Sayangku…. .!
Sekarang Korang baca dari BAWAH KE ATAS pulak…..selepas 25 tahun perkahwinan....




Nak buat kek coklat moist kukus dengan mudah. Bancuh dalam masa 5 minit sahaja.

Sunday 16 October 2011

Kisah Pemburu dengan Harimau

~Ini adalah cerita rekaan, nama yang digunakan adalah sebagai sandaran sahaja, tiada kena mengena sama yang hidup atau telah meninggal dunia ~

Satu hari 3 saudara, Ali, Abu, dan Amin pergi memburu. Masing-masing memang dah lama memendam hasrat makan napoh. Pergh mesti sedap. Terliur sekejap tok dalang.

Maka Ali pun bersiap dengan senapang patahnya. Abu bersiap mengasah parangnya manakala Amin cuma membawa sekarung guni untuk mengangkat habuan nanti. 

Sampai di dalam hutan.

Tiba-tiba ada kelibat di sebalik semak. Ali berbisik kepada Abu dan Amin "Tak rusa napoh. Biar aku tembak". 

"Bang"; kedengaran senapang Ali memecah keheningan hutan. Tapi sangkaan Ali meleset. 

"AUMMMMMMM". Bunyi harimau. Terkejut dan sungguh supprise. Hutan kecil macam ni ada harimau. 

Harimau keluar dari semak. Nampak bahu harimau berlumuran darah. Sang Harimau menjadi ganas, membuka langkah dan menerkam si Ali dan diheretnya Ali ke dalam semak.

Abu dan Amin kedua-duanya panik. Tergamam. Tak tau nak buat apa. " Ali dah mati kena baham harimau"; Abu separuh berbisik. 

Tak lama kemudian sang harimau mengaum dan keluar dari semak. Mulut penuh dengan darah. 

Apa lagi Abu dan Amin pun buka langkah seribu. Amin yang berlari mendahului Abu tiba-tiba berhenti secara 'emergency'. Mak aiii...jalan mati, bawah tu gaung. 

Harimau terus dekat dan dekat. Abu buka langkah silat. Harimau pun ada langkah juga. Abu pun cuba menetak harimau tetapi harimau lebih cekap, dapat digigitnya tangan Abu. 

Abu berteriak " Amin tolong aku". Tapi Amin bisu. 

Tiba-tiba Amin menampar mukanya sendiri. Abu hairan. " Kenapa kau tampar muka kau Amin?". Amin dengan selamba menjawab " Manalah tau kot-kot aku bermimpi. 

Abu yang terdengar jawapan Amin pun tersentak. " Ye tak ye jugak kan, manalah tau aku bermimpi"; bisik Abu. Lalu Abu pun menampar mukanya sendiri. " Eh. Tak aku tak bermimpi".

Lalu harimau yang tengah mengigit tangan Abu tadi pun berbisik. " Ntah-ntah aku yang bermimpi kot". Harimau pun menampar mukanya sendiri. 

"Aha aku yang mimpi rupanya". Kwang kwang kwang.

~ Moral of the story. Jangan nak mimpi yang bukan-bukan ~


Saturday 15 October 2011

tokey kopi as a dalang

Salam all.

Ini adalah blog tokey kopi. Kebanyakan cerita-cerita lawak dalam blog ini adalah cerita daripada orang-orang lama yang pernah tokey sendiri dengar. Hanya sekadar hiburan ye, jangan amik ati la plak kalu terkene batang idung sendiri...