~Ini adalah cerita rekaan, nama yang digunakan adalah sebagai sandaran sahaja, tiada kena mengena sama yang hidup atau telah meninggal dunia ~
Maka Ali pun bersiap dengan senapang patahnya. Abu bersiap mengasah parangnya manakala Amin cuma membawa sekarung guni untuk mengangkat habuan nanti.
Sampai di dalam hutan.
Tiba-tiba ada kelibat di sebalik semak. Ali berbisik kepada Abu dan Amin "Tak rusa napoh. Biar aku tembak".
"Bang"; kedengaran senapang Ali memecah keheningan hutan. Tapi sangkaan Ali meleset.
"AUMMMMMMM". Bunyi harimau. Terkejut dan sungguh supprise. Hutan kecil macam ni ada harimau.
Harimau keluar dari semak. Nampak bahu harimau berlumuran darah. Sang Harimau menjadi ganas, membuka langkah dan menerkam si Ali dan diheretnya Ali ke dalam semak.
Abu dan Amin kedua-duanya panik. Tergamam. Tak tau nak buat apa. " Ali dah mati kena baham harimau"; Abu separuh berbisik.
Tak lama kemudian sang harimau mengaum dan keluar dari semak. Mulut penuh dengan darah.
Apa lagi Abu dan Amin pun buka langkah seribu. Amin yang berlari mendahului Abu tiba-tiba berhenti secara 'emergency'. Mak aiii...jalan mati, bawah tu gaung.
Harimau terus dekat dan dekat. Abu buka langkah silat. Harimau pun ada langkah juga. Abu pun cuba menetak harimau tetapi harimau lebih cekap, dapat digigitnya tangan Abu.
Abu berteriak " Amin tolong aku". Tapi Amin bisu.
Tiba-tiba Amin menampar mukanya sendiri. Abu hairan. " Kenapa kau tampar muka kau Amin?". Amin dengan selamba menjawab " Manalah tau kot-kot aku bermimpi.
Abu yang terdengar jawapan Amin pun tersentak. " Ye tak ye jugak kan, manalah tau aku bermimpi"; bisik Abu. Lalu Abu pun menampar mukanya sendiri. " Eh. Tak aku tak bermimpi".
Lalu harimau yang tengah mengigit tangan Abu tadi pun berbisik. " Ntah-ntah aku yang bermimpi kot". Harimau pun menampar mukanya sendiri.
"Aha aku yang mimpi rupanya". Kwang kwang kwang.
~ Moral of the story. Jangan nak mimpi yang bukan-bukan ~
No comments:
Post a Comment